TABAHLAH WAHAI HATI
Hati ini sering kali disakiti
Kenapa dia tidak mahu berubah?
Aku yang jadi mangsa keadaan
Letih, Sedih, Kecewa...
Pelbagai perasaan yang bermain dalam fikiran dan perasaan aku
Apa, bagaimana, kenapa, mengapa....
Pelbagai persoalan timbul dikala ini
Sumpah aku cakap, aku terlalu kecewa dengan sikapnya
Pada siapa harus aku mengadu nasib?
Pada siapa harus aku meluah perasaan ini?
Aku tidak punya siapa-siapa lagi
yang aku ada, hanya DIA
DIA sahaja yang memahami perasaan ini
masalah yang aku tanggung
aku malu pada keluarga, saudara mara, dan orang di sekeliling aku
Tapi, apa harus aku buat?
Si Dia tetap tidak berubah
Dulu, aku hanya ada masalah dengan seorang insan yang amat aku sayangi
Sekarang, tambah lagi seorang perangai yang mirip-mirip dengan insan tersebut
Dua-dua insan ini amat penting dalam hidup aku
Suami .... Adik ...
Hanya pada-MU aku bersujud YA ALLAH
Hanya pada-MU aku memohon
TABAHLAH WAHAI HATI